Wednesday, 16 May 2012

Diari 311 : Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum,

Ini pengalaman pertama menyambut HARI GURU sebagai warga pendidik. subhanallah, indahnya perasaan..tersentuh rasa hati bila murid-murid datang bersalam dan ucapkan "Selamat Hari Guru, Cikgu". memang aku tak jangkakan aku akan tersentuh hati dengan ucapan tuh. jangan kata terharu, rasa nak menitis airmata ni. 

Bukanlah hadiah yang menimbun aku harapkan, atau mcm2 anugerah yg disediakan...tapi jauh kat sudut hati aku, memang aku tak sabar dan teringin nak 'hasilkan' insan dari didikan aku sendiri. aku nak lihat hasilnya. nak tengok insan yang benar-benar bergelar insan yang berguna pada masa akan datang nanti. mungkin 10 atau 15 tahun akan datang baru nampak hasilnya. takpe. aku akan tunggu dan akan sabar mendidik mereka. terasa bahu ni digalaskan dengan 1001 tanggungjawab yang bakal dibawa ke akhirat kelak. anak-anak murid, ladang pahala. berikan apa yang patut mereka perolehi. ;)

Di kesempatan ni, aku nak wish terima kasih pada mak and abah. walaupun mereka bukan guru, tapi mereka adalah pendidik aku. tanpa mereka, aku takkan ada pada tahap sekarang ni. juga pada kak long aku..yg pernah suatu masa dulu sama macam aku, tak jangka akan jadi guru..tapi itulah yang telah tersurat di luh mahfuz bahawa kami adalah pendidik modal insan. seterusnya, buat en tunang aku...yang juga seorang guru, kepadanya lah tempat aku mengadu segala masalah dalam dunia kerjaya aku sebagai pendidik amatur. beliau sangat cool, dan beliau adalah idola aku. terima kasih, insan. :)

Ucapan hari guru, dari guru kepada guru.

Thursday, 10 May 2012

Diari 310 : 9 days to go..

Assalamualaikum,

Sekarang dah tak fikir pasal kahwin. sekarang duk pikir nak habiskan bayar hutang puasa. haha. 10 hari derrr... baru start arini, means ada 9 hari lagi.. peh... sempat x sempat, kena marathon puasa ganti bagi sempat.. hopefully sempat habis.. *ikut kira-kira, bulan 6 jugak baru habis bayar. mana tak nya, ada hari-hari yg sukar nak berpuasa ganti sebab ada events kat sekolah.. hadei.. ;)

So far, 1st day puasa arini takde masalah sangat. lapar tu perkara biasa kottt.. puasa atau tak, aku tetap makan sehari sekali.. bukan diet tau, tapi memang itu rutin aku.. haha..

Haish... u alls doakan aku dapat habiskan bayar hutang puasa aku k? korang pun, sapa yg lum bayar lagi..sila lah bayar.. ;)